OSEM Tips #7: Kesilapan dalam mengulang kaji

Pernahkah anda cuba untuk mengulang kaji pelajaran sambil menonton televisyen? Adakah fokus dan kepuasan menonton televisyen tercapai? Pastinya tidak bukan?

Fokus ketika mengulang kaji adalah perkara yang sangat penting. Ini kerana setiap minit yang diluangkan bakal bermakna dengan adanya fokus ketika mengulang kaji pelajaran.


“Lebih baik mengulang kaji pelajaran dengan fokus selama 30 minit berbanding membaca tanpa fokus selama 3 jam”

Di bawah merupakan beberapa strategi bagi meningkatkan fokus ketika mengulang kaji pelajaran:

Tempat mengulang kaji
  • Pastikan anda mempunyai tempat mengulang kaji yang khusus. Di samping itu, pastikan tempat ulang kaji tersebut jauh daripada perkara yang boleh mencuri perhatian seperti tempat yang adanya televisyen, permainan video dan gangguan bunyi daripada orang ramai. Sebelum mengulang kaji, kemaskan meja supaya dalam keadaaan kemas dan teratur. Sebaik-baiknya, kosongkan meja dan tinggalkan buku yang berkaitan sahaja di atasnya.
Waktu ulang kaji
  • Cuba mempelbagaikan waktu mengulang kaji. Kenal pasti waktu yang paling berkesan dan sesuai dengan anda. Jadikan waktu tersebut waktu yang tetap untuk ulang kalji pelajaran. Sebaik-baiknya waktu tersebut kekal sama pada setiap hari dan sedikit tambahan kepada waktu tersebut pada hujung minggu. Perlu ditegaskan bahawa waktu fokus yang pendek mempunyai matlamat lebih jelas daripada waktu ulang kaji yang panjang namun tidak disertakan dengan fokus.
  • Dalam alternatif lain, gunakan masa tengah hari untuk mengulang kaji subjek yang melibatkan pengiraan supaya dapat mengelakkan rasa mengantuk.
  • Pastikan badan dan minda sentiasa segar dan tidak letih pada waktu ulang kaji. 
Target yang jelas
  • Tetapkanlah target untuk dicapai sebelum mengulang kaji. Ulang kaji tanpa target akan menyebabkan kita gagal mengoptimumkan waktu ulang kaji dengan baik.
Cahaya yang cukup
  • Pastikan ulang kaji di kawasan yang terang kerana ianya dapat membantu minda untuk lebih fokus. 
Oksigen
  • Ketika mengulang kaji, otak sangat memerlukan oksigen. Cuba duduk di kawasan berdekatan yang dengan tingkap. Selain itu, pastikan minum air masak yang banyak sebelum dan ketika mengulang kaji pelajaran. Kekurangan oksigen akan menyebabkan individu cepat mengantuk, letih dan kurang fokus.
Rehat setiap 40 minit
  • Daya fokus akan berkurangan jika kita mengulang kaji secara berterusan dalam tempoh yang terlalu lama. Setiap 40 minit mengulang kaji, individu perlu mengambil 2 ke 5 minit untuk rehat. Gunakan waktu ini untuk bangun dari tempat ulang kaji dan elakkan memandang buku. Regangkan badan, berjalan dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung untuk mengulang kaji pelajaran.

Selamat mencuba dan menjadi pelajar cemerlang Osem! 


Comments