OSEM Tips #6: Visual

"Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!” laungan motivasi terkenal.

Salah satu teknik belajar secara pintar adalah dengan mengasah minda agar lebih berkeyakinan untuk berjaya.
Tetapkan matlamat bagi peperiksaan besar seperti UPSR (matlamat 5A) atau Peperiksaan Akhir Tahun (matlamat 6A). Tulis di atas kertas berwarna yang besar sekurang - kurangnya bersaiz A4 dan tampal di tempat - tempat yang mudah untuk dilihat seperti :
  1. Katil
  2. Meja Belajar
  3. Almari Pakaian 
  4. Cermin
  5. Bilik Tidur
  6. Fail

Tujuan menulis matlamat ini adalah untuk memotivasikan diri bahawa;
  1. Matlamat itu pasti akan dicapai. 
  2. Matlamat tersebut mudah dengan adanya usaha
  3. Kita telah berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen bagi mencapai matlamat tersebut

Selain daripada itu, ambil 5 minit pada setiap hari untuk membayangkan kejayaan anda kelak setelah memenuhi matlamat yang ditetapkan. Visualkan kepuasan hasil penat lelah anda dengan membayangkan wajah guru dan rakan yang mengucapkan tahniah serta ibu bapa yang bangga di atas kejayaan anda. Langkah ini akan memberikan kita satu kekuatan bagi menghadapi segala masalah sehingga mencapai matlamat yang diimpikan.

Pastikan visualisasi pelajar pintar disusuli dengan usaha yang kuat beserta kaedah pembelajaran secara pintar.  

Selamat menjadi pelajar pintar Osem! 

Comments