OSEM Tips #2: Kaedah mengingat dengan cekap


Pernahkan anda menghafal sesuatu yang pernah dihafal dan difahami sebelum ini? 
Masalah inilah yang menjadikan keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diinginkan.

Menurut kajian sains, manusia mempunyai dua jenis memori iaitu memori jangka panjang dan memori jangka pendek. Perkara seperti butiran diri, lagu negaraku dan nama rakan baik mustahil untuk terlupa. Ini kerana ia berada dalam memori jangka panjang. Namun, pelajaran yang diingati terletak di dalam memori jangka pendek iaitu dengan kata lain mudah untuk dilupakan. Oleh itu, mari kita lihat kaedah bagaimana untuk meletakkan memori pelajaran kepada memori jangka panjang!

Kelebihan mengingati pelajaran mengikut kaedah ini:

  1. Mudah untuk mengingati sesuatu yang baru
  2. Sukar melupakan pelajaran
  3. Mengenal pasti topik yang perlu ditekankan
  4. Yakin dan tenang menghadapi peperiksaan

Seorang saintis Jerman bernama Hermann Ebbinghaus telah membuat kajian dan mengatakan ingatan tentang sesuatu akan berkurangan setelah beberapa lama. Di dalam kajian yang sama, beliau mendapati pengulangan akan menyebabkan ingatan menjadi lebih kuat malah kadar pengurangan memori akan menjadi semakin panjang. 

Strategi Pengulangan Pintar
Melalui strategi ini, pelajar dikehendaki mengulangi sesuatu topik pada masa yang ditetapkan. Pengulangan ini akan meransang ingatan pada waktu yang tepat sebelum lupa sepenuhnya. Pengulangan yang berterusan akan menyebabkan pelajaran tersebut direkodkan dalam memori jangka masa panjang.



Bagi tujuan ini pelajar dikehendaki merekodkan pelajaran yang diulangkaji seperti dalam jadual di bawah;

Template jadual dalam bentuk excel boleh didownload melalui link ini.


Selamat mencuba dan menjadi pelajar pintar Osem!


Comments