OSEM Tips #1: Pembelajaran Pintar


Pembelajaran secara pintar bermaksud pelajar dapat menguasai pelbagai pelajaran dalam masa yang singkat. Pembelajaran secara pintar memerlukan pendekatan yang sangat berlainan.

Adakah anda sedang melakukan pembelajaran secara pintar? 

Kaedah pembelajaran secara pintar:

Mengetahui kelemahan
  • Pembelajaran secara pintar melibatkan proses mengenal pasti kelemahan diri dan berusaha mengatasi kelemahan tersebut. Ia merupakan proses yang perlu dilakukan secara berterusan. Seperti yang diketahui umum, individu perlu menguasai kesemua subjek yang dipelajari dalam usaha memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pembelajaran secara output
  • Pembelajaran terbahagi kepada input dan output. Input adalah menerima ilmu dan fakta manakala output adalah mengeluarkan ilmu dan fakta daripada ingatan kita. Misalnya, membaca dan mendengar dalam kelas ada input manakala membuat latihan, menulis semula isi penting dan mengajar rakan adalah output.
  • Salah satu contoh yang terbaik ialah mendengar lagu (input) manakala menyanyi lagu adalah output. Jika kita ingin mengingati sebuah lagu dengan cepat, kurangkan mendengar sahaja. Sebaliknya, cuba sedaya upaya untuk  ikut menyanyi bersama. Sekiranya kita dapat menyanyi dengan baik, ini bermakna kita telah sukses mengingati lagu tersebut. Seperti mengingati lagu, kaedah ouput boleh dilaksanakan ketika mengulang kaji pelajaran.
  • Peperiksaan itu sendiri adalah satu proses output. Oleh itu, pelajar mestilah mengutamakan pembelajaran secara output seperti melakukan latihan bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.

Merancang jadual pembelajaran

  • Pastikan setiap masa yang diperuntukkan memberi hasil yang terbaik. Oleh sebab itu, pelajar mestilah meluangkan masa bagi merancang apa yang perlu diulang kaji. Utamakan bahagian yang lemah, namun peruntukkan sekurang-kurangnya 20% masa untuk mengulang kaji topik-topik yang telah dikuasai. 

Mengajar rakan
  • Ilmu yang dikongsi pasti akan bertambah. Tawarkan diri sekiranya rakan-rakan mempunyai masalah dalam pelajaran. Berikan tunjuk ajar kepada mereka sehingga faham. Melalui proses ini, pelajar akan dapat memahami malah mengingat dengan cara lebih efektif.

Pengulangan
  • Latihan dan nota perlu diulang sebanyak mungkin agar topik yang diulang kaji dapat diingati dengan baik. Melalui cara ini juga, kita akan lebih bersedia dalam peperiksaan. 

Semoga dapat melakukan perubahan dan menjadi pelajar pintar Osem!

Comments

  1. Wah, ini tip berguna. Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Las Vegas Casino - DrMCD
    All the latest and greatest casino, slot 상주 출장안마 machines, video 용인 출장마사지 poker, roulette, 구리 출장샵 keno 밀양 출장샵 and much more. From blackjack to roulette, 경기도 출장샵 VegasSlotsOnline is your one stop shop for all things casino

    ReplyDelete
  3. Best Casinos with Slots and Casino Games in the US - Wooricasinos
    With online slots, you wooricasinos.info can play casino games in 출장마사지 the USA without casinosites.one risking any real money. There are online https://septcasino.com/review/merit-casino/ casinos that let you play slots https://octcasino.com/ and

    ReplyDelete

Post a Comment